Penduduk Flat Pudu Impian rasai gegaran gempa bumi

Penduduk Flat Pudu Impian, Kuala Lumpur berkumpul di luar bangunan selepas gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Wilayah Nias, Sumatera Utara, Indonesia pada Isnin turut dirasai di kawasan itu. - Foto Bomba KL

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawasan penduduk di Flat Pudu Impian, Jalan Cheras di sini dilaporkan turut merasai gegaran gempa bumi bermagnitud 6.2 yang melanda Wilayah Nias, Sumatera Utara, Indonesia pada Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan menerima satu panggilan mengenai gegaran di flat berkenaan pada jam 11.13 malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu telah dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi, Mohd Zaini Mohd Omar berkata, pemantauan telah dijalankan di sekitar bangunan.

"Tiada berlaku apa-apa rekahan pada bangunan dan keadaan selamat.

"Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan insiden itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anggota bomba menjalankan pemantauan di sekitar bangunan.
Anggota bomba menjalankan pemantauan di sekitar bangunan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!