Stellini kecewa persembahan pemain Spurs

Stellini
Stellini
A
A
A

CRISTIAN Stellini kecewa dengan pemainnya selepas gagal mengawal permainan dalam keputusan seri 1-1 di tempat lawan menentang Everton pada awal pagi Selasa.

Penalti Harry Kane pada minit ke-68 dilihat sudah cukup untuk Spurs memberikan permulaan kemenangan di bawah Stellini yang menjadi pengendali sementara selepas Antonio Conte dipecat.

Namun, jaringan lewat Michael Keane dari jarak jauh merampas mata penting untuk Everton di Goodison Park.

"Perasaan saya sekarang ialah kami telah kehilangan dua mata. Kami hanya perlu mengawal permainan selepas mejaringkan gol.

"Kami cuba melakukannya tetapi tidak seperti yang saya jangkakan. Dengan 11 pemain (selepas pemain Everton, Abdoulaye Doucoure dibuang padang), kami perlu melakukan lebih baik. Anda mengawal permainan dengan bola, bukan tanpa bola," katanya.

Walaupun terlepas kemenangan, keputusan seri itu membawa Tottenham kembali ke kedudukan empat teratas dan mempunyai mata yang sama dengan Newcastle United dan Manchester United.

Newcastle dan United mempunyai dua perlawanan dalam tangan, tetapi Stellini percaya Spurs boleh menggunakan pengalaman mereka daripada saingan musim lalu untuk mara ke Liga Juara-Juara.

"Ia akan jadi saingan yang sukar. Tetapi setahun lalu, kami mempunyai 51 mata. Kami berada di tempat kelima, dan hari ini, kami berada di tempat keempat.

"Kami berada dalam kedudukan yang sama seperti musim lalu. Kami perlu bersedia untuk bertarung. Sekarang kami memikirkan perlawanan seterusnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!