Agih 10,000 kuih akok percuma

Murtadhatumizi (kiri) bersama kakitangannya bersiap sedia untuk mengagihkan 10,000 kuih akok kepada orang ramai di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.
Murtadhatumizi (kiri) bersama kakitangannya bersiap sedia untuk mengagihkan 10,000 kuih akok kepada orang ramai di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.
A
A
A

KOTA BHARU - Mz Gold Sdn Bhd mengagihkan 10,000 kuih akok percuma kepada penduduk di sekitar bandar ini dan Kuala Krai untuk berbuka puasa pada Isnin.

Pengarah Urusan, Murtadhatumizi Mustapha berkata, ia bertujuan untuk berkongsi rezeki selain meraikan mereka yang berpuasa.

"Selain kuih akok, sepanjang Ramadan tahun ini, setiap hari kami menyediakan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai. Agihan itu melibatkan seluruh tujuh cawangan Mz Gold di seluruh negara.

"Bagaimanapun, hari ini (Isnin) merupakan kemuncaknya apabila kami mengagihkan 10,000 kuih akok," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, pemilihan kuih akok adalah sebagai simbolik juadah paling digemari rakyat Kelantan untuk berbuka puasa.

Murtadhatumizi (tiga dari kiri) mengagihkan kuih akok tanpa mengira bangsa, agama, pangkat, sesiapa yang melalui di hadapan kedai emas, mereka dapat merasa sumbangan ikhlas in
Murtadhatumizi (tiga dari kiri) mengagihkan kuih akok tanpa mengira bangsa, agama, pangkat, sesiapa yang melalui di hadapan kedai emas, mereka dapat merasa sumbangan ikhlas in

Ujarnya, ia dibeli daripada pengusaha paling tersohor di negeri ini bagi memastikan orang ramai dapat menikmati keenakan kuih kegilaan ramai itu.

Murtadhatumizi memberitahu, lebih menggembirakan lagi apabila agihan tersebut bukan sahaja fokus kepada umat Islam semata-mata tetapi ia turut melibatkan pelbagai kaum.

"Kami tidak mengira bangsa, agama, pangkat, sesiapa yang melalui di hadapan kedai emas, mereka dapat merasa sumbangan ikhlas ini.

"Alhamdulillah tidak sampai dua jam, saya dimaklumkan kesemua 10,000 kuih akok licin diagihkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!