Budak empat tahun terperangkap dalam kereta

Anggota bomba dan penyelamat ketika membuka pintu kenderaan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba dan penyelamat ketika membuka pintu kenderaan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
A
A
A

KAJANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang terperangkap dalam sebuah kenderaan yang terkunci di Jalan Cheras Lama Kampung Sungai Raya, di sini, pada Selasa, berjaya diselamatkan dengan bantuan bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.38 pagi.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Morni berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam sebuah Kereta Perodua Myvi yang terkunci.

“Pasukan bomba segera bertindak membuka pintu kenderaan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

“Selepas berusaha hampir 20 minit, akhirnya pintu berjaya dibuka, kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada keluarganya," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!