Roti john RM6 laris, jualan cecah 700 biji sehari
04 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 APRIL 2023
Peniaga roti john berharga RM6 yang dijual di Kampung Kubang Jela, Manir di Kuala Terengganu, Terengganu meningkatkan jualan sehingga 700 biji sehari sepanjang Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Muhamad Azlam Abdul Majid berkata, peningkatan jualan sebanyak enam kali ganda pada tahun ini disifatkan sebagai rezeki luar biasa.
Menurutnya, terdapat lima pilihan roti john yang dijual di premisnya iaitu daging (RM6), ayam (RM6), ayam dan daging (RM6) kambing (RM10), special iaitu daging dan cheese (RM8).