Lelaki tabur paku bukan geng tarik kereta

Sebelum ini polis mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media.
Sebelum ini polis mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media.
A
A
A

IPOH - Lelaki yang ditahan selepas terlibat dalam kejadian menabur paku di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, minggu lalu tiada kaitan dengan aktiviti menunda kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pemandu berusia 45 tahun itu hanya berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan khianat berkenaan.

"Dia bukan mekanik, bukan juga bersekongkol dengan geng tarik kereta. Dia kelihatan ada psiko sedikit kerana pengaruh dadah.

"Motif pelaku, hanya kerana dia di bawah pengaruh dadah. Ujian air kencing dilakukan mendapati lelaki itu positif," katanya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kes itu selesai dengan penahanan lelaki tersebut pada Sabtu selepas lima jam video kejadian tular di media sosial.

Sebelum ini polis memaklumkan sedang mengesan pemandu kereta jenis Nissan Almera yang dirakam membuang paku dari tingkap kenderaannya di jalan raya.

Video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain itu tular di media sosial dan mendapat kecaman warga maya.

Polis juga menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yusri berkata, Kontinjen Perak berjaya mengutip lebih RM1.83 juta menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena Sambutan Hari Polis ke-216 Mac lalu.

Katanya, kutipan sepanjang 12 hari bermula 20 Mac itu telah meletakkan negeri ini berada di tempat kedua tertinggi berbanding kontinjen lain.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mencatatkan kutipan tertinggi RM391,000 diikuti IPD Manjung (RM213,310) dan IPD Taiping (RM199,190)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!