Sila log masuk terlebih dahulu.

Agih 10,000 kuih akok percuma

04 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 APRIL 2023

Mz Gold Sdn Bhd mengagihkan 10,000 kuih akok percuma kepada penduduk di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai untuk berbuka puasa, lapor Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Pengarah Urusan, Murtadhatumizi Mustapha berkata, ia bertujuan untuk berkongsi rezeki selain meraikan mereka yang berpuasa.

Selain kuih akok, sepanjang Ramadan tahun ini, setiap hari pihaknya menyediakan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai.