Projek ECRL di Terengganu

A
A
A

Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai tahap kemajuan 55.21 peratus.

Setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer di Terengganu menepati jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026. Ia merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Kemasik yang berfungsi sebagai stesen penumpang manakala Dungun dan Chukai bagi tujuan penumpang serta kargo.

Kerja-kerja pembinaan untuk keseluruhan jajaran ECRL sepanjang 665km dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor pula berada pada tahap kemajuan 40.81 peratus.

Laluan di Terengganu adalah yang terpanjang berbanding tiga negeri lain iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor iaitu sepanjang 275 kilometer.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

JBPM Tinjau Keadaan Banjir

No Image Caption
GALERI

Pulau Andaman

No Image Caption
GALERI

Amaran Hujan Berterusan

No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut