PM rai nelayan, petani, penternak, anak yatim
PUTRAJAYA - Lebih 1,000 komuniti nelayan, petani dan penternak diraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis iftar di kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana di sini pada Rabu.
Majlis tersebut dihoskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Dalam majlis sama, Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meraikan seramai 41 anak yatim.
Kesemua mereka dari Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Cahaya Kasih, Rancangan Sungai Behrang, Felda Trolak, Rancangan Sungai Tengi, Rancangan Sungai Tengi Selatan dan Rancangan Gedangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!