Pembabitan rakyat dalam aktiviti KDN mudahkan penyaluran polisi
PETALING JAYA - Penglibatan rakyat dalam setiap aktiviti anjuran agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memudahkan penyaluran dan pelaksanaan polisi atau dasar kementerian itu kepada golongan akar umbi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penglibatan seumpama itu juga akan memudahkan rakyat memahami dasar kementerian serta mengeratkan hubungan baik yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
"Saya percaya pendekatan berterusan (program bersama rakyat) dan boleh dilakukan jika rakyat menyokong setiap polisi yang kami lakukan, mengeratkan lagi hubungan rakyat dan KDN.
"Sebagai contoh, rakyat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa serta menyampaikan maklumat tertentu,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Iftar Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!