Operasi pembersihan minyak di Tanjung Balau ditamatkan

Salah satu bot Jabatan Laut Wilayah Selatan ketika membuat pemantauan di perairan Kota Tinggi, hari ini.
Salah satu bot Jabatan Laut Wilayah Selatan ketika membuat pemantauan di perairan Kota Tinggi, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Operasi pembersihan sisa minyak di perairan Kota Tinggi oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan (Johor) ditamatkan hari ini.

Pengarahnya, Dickson Dollah berkata, operasi pembersihan berlangsung selama lapan hari dengan radius sejauh 66.7 batu nautika itu melibatkan perairan Tanjung Balau, Tanjung Penawar dan Pulau Mungging.

"Sebenarnya semalam lagi kawasan ini sudah bersih, tetapi kita lakukan juga pemantauan hari ini. Jadi sehingga jam 2.45 petang tadi disahkan tiada lagi tompokan minyak yang ditemui di semua perairan ini.

"Oleh itu, operasi pemantauan dan pembersihan sisa buangan oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan secara rasminya diarahkan 'stand down'," katanya.

Keadaan laut di kawasan berkenaan yang bebas daripada sisa minyak tersebut.
Keadaan laut di kawasan berkenaan yang bebas daripada sisa minyak tersebut.

Dickson berkata, dengan berakhirnya operasi tersebut, kesemua aset yang digunakan bagi kerja-kera pembersihan juga telah diarahkan kembali ke Jeti Tanjung Pengelih dan Gelang Patah.

Untuk rekod, operasi pembersihan itu telah melibatkan seramai 18 pegawai dan anggota Jabatan Laut Wilayah Selatan.

Pada 17 April lalu, Sinar Harian melaporkan berlakunya satu kejadian tumpahan minyak sepanjang kira-kira satu kilometer di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

Makluman itu diperolehi jabatan laut selepas menerima laporan kira-kira jam 3 petang hasil rondaan bot penguat kuasa yang berada di kawasan berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kapal tangki asing disyaki tumpah minyak di Tanjung Balau, Batu Layar]

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!