Waris bayi ditinggalkan di HSA dicari

Bayi lelaki yang ditinggalkan di Hospital Shah Alam (HSA) pada 22 Januari lalu.
Bayi lelaki yang ditinggalkan di Hospital Shah Alam (HSA) pada 22 Januari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Shah Alam sedang mengesan ibu bapa serta waris kepada bayi lelaki yang ditinggalkan di Hospital Shah Alam (HSA) pada 22 Januari lalu.

PKM Shah Alam dalam kenyataan memaklumkan kerjasama daripada keluarga bayi berkenaan diperlukan untuk tindakan selanjutnya termasuk dalam soal penempatan bayi tersebut.

"Ibu bapa kandung atau waris diperlukan untuk berbincang dengan pelindung bagi mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya dengan kadar segera.

"Pihak terbabit diminta untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam di alamat: Unit G2, Tingkat G, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor," kata kenyataan pada Rabu.

Pihak berkenaan juga boleh menghubungi pegawai terbabit, Anis Zainol Abidin di talian 03-55458901 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh e-mail ke alamat pkmd_shahalam@jkm.gov.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!