Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ibnor Riza tolak 15 tawaran persembahan akibat kanser limfoma

05 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 5 APRIL 2023

Rambut penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza Ibrahim, 62, mula gugur selepas menjalani rawatan kemoterapi atas penyakit kanser limfoma tahap empat dihidapnya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Dia yang sudah pun kehilangan berat badan sehingga 32 kilogram, merasa sedih melihat rambutnya yang banyak gugur lalu mencukurnya sehingga botak.

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu juga kini hilang sumber pendapatan susulan terpaksa menolak lebih 15 tawaran persembahan nyanyian sejak menghidap penyakit tersebut.

Artikel berkaitan: https://go.sinar.la/3nDEZj4

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#BeritaSemasa #SinarHarian