UMNO Kuala Krai, Jeli dan Tumpat jalani pemilihan semula

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - UMNO Kelantan mengesahkan Bahagian Kuala Krai, Jeli dan Tumpat perlu menjalani pemilihan semula kepimpinan selepas bantahan yang dibuat sebelum ini diterima oleh UMNO pusat.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Akhbar Salim pada Rabu.

Akhbar berkata, UMNO Bahagian Jeli dan Kuala Krai akan menjalani pemilihan kepimpinan pada 8 April ini.

"Tumpat berkemungkinan besar pada 15 April," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pemilihan itu memperlihatkan suburnya amalan demokrasi dalam UMNO.

Ujarnya, beliau berharap semua pihak menghormati mandat yang diberikan oleh perwakilan di bahagian masing-masing.

Akhbar memberitahu, kedudukan nombor dan senarai calon masih sama sebagaimana pemilihan sebelum ini.

"Saya berharap pemilihan semula di ketiga-tiga bahagian itu berjalan lancar dalam suasana kekeluargaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!