Mayat ditemui ditanam belakang kedai

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Mayat dipercayai seorang wanita ditemui ditanam di belakang sebuah kedai di Kawasan Perusahaan Ringan, Jalan Tun Dr Ismail, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, penemuan itu terbongkar selepas seorang peniaga berumur 60 tahun mengadu terdapat tanah dengan kesan korek.

"Peniaga itu dapati tanah di kawasan semak tepi kedai makan usang miliknya ada kesan korek dan ditimbus semula pada jam 9.30 pagi. Ia ditutup dengan pelepah kelapa serta papan.

"Pihak polis sampai di tempat kejadian, menggali kesan timbus tersebut dan menjumpai mayat perempuan. Bagaimana pun bangsanya masih belum diketahui," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Mohd Rosli berkata, mayat tersebut dalam keadaan berbalut dengan kain.

"Mayat itu dihantar ke Jabatan Forensik HTJS untuk jalani bedah siasat bagi mengetahui punca kejadian.

"Setakat ini motif kejadian masih di dalam siasatan pihak polis. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!