Tiada mogok doktor kontrak di Kelantan

Tinjauan Sinar Harian mendapati operasi kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada Rabu berjalan lancar. (Gambar kecil: Dr Zaini)
Tinjauan Sinar Harian mendapati operasi kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada Rabu berjalan lancar. (Gambar kecil: Dr Zaini)
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan doktor kontrak di negeri tidak menyertai mogok sebagaimana yang digembar-gemburkan sejak Isnin.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sehingga hari terakhir pada Rabu semua 1,494 doktor kontrak yang berkhidmat di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini bertugas seperti biasa.

"Tidak ada mogok dilakukan mereka (doktor kontrak) termasuklah mengambil cuti sakit atau kecemasan," katanya ketika dihubungi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati operasi kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Rabu berjalan lancar.

Akhbar sebelum ini melaporkan mogok tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula pada Isnin hingga Rabu ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!