24 Mei pengurusan kes nusyuz Musa Hassan, isteri

Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.
Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu menetapkan 24 Mei depan untuk pengurusan kes permohonan nusyuz bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil.

Peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim yang mewakili Elly Afizahwati, 42, berkata, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan pihaknya melengkapkan dokumen dan penyerahannya dapat dilakukan kepada Musa.

Pada tarikh itu juga, peguam syarie ini berkata, anak guamnya yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung akan mengemukakan tuntutan balas, berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Elly Afizahwati berkata, keputusan untuk berpisah kekal sehingga ke hari ini.

"Keputusan untuk bercerai diteruskan seperti mana yang dijadualkan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Musa, 72, yang hadir ke mahkamah dengan memakai kot biru berkemeja putih berkata, pihaknya akan mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah.

"Setakat ini, tiada apa yang hendak diperkatakan, tidak bercakap pun, kita ikut sahajalah prosedur mahkamah,” katanya.

Pada 31 Mac lalu, Musa memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Elly Afizahwati, sehari selepas wanita yang juga bekas ahli perniagaan, memfailkan permohonan cerai.

Bagaimanapun, Musa, yang hadir di mahkamah dengan diwakili peguam syarienya, Mohd Rifahmi Abdul Musikin tidak mendedahkan butiran tuntutan terhadap isterinya, secara menyeluruh.

Pada 31 Mac lalu, krisis rumah tangga Musa kembali diperkatakan apabila isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.

Sebelum ini, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!