Poster kredit Shopee palsu
PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan poster pemberian kredit Shopee RM400 untuk rakyat.
Menurut jabatan itu, poster yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani berkenaan adalah palsu.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," kata JPM menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!