Pelajar cemas jari tersangkut lubang meja
BATU GAJAH - Pasukan penyelamat mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengeluarkan jari seorang remaja lelaki yang tersangkut pada lubang meja di salah sebuah sekolah menengah di sini pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Norshah Shahri berkata, sepasukan enam anggota diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.08 petang.
"Pemeriksaan mendapati jari manis tangan kiri pelajar berusia 14 tahun itu tersangkut pada lubang meja plastik di salah sebuah bilik darjah.
"Anggota bertindak menggunakan peralatan khas untuk membuat lubang bagi merenggangkan jari mangsa," katanya.
Menurutnya, operasi tamat sekitar jam 4.30 petang selepas jari remaja terbabit selamat dikeluarkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!