Imam, bilal, siak masjid terima bantuan khas Aidilfitri

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri kepada imam, bila dan siak masjid di seluruh Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengumuman ini menjadikan enam kategori penerima bantuan ini selepas lima kategori penerima diumumkan pada Selasa.

Menurutnya, seramai 980 imam masjid akan menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan RM294,000.

"Bilal masjid pula akan menerima RM200 setiap seorang yang melibatkan 877 penerima dengan jumlah peruntukan RM175,400

"Sebanyak RM170,800 peruntukan pula akan agihan kepada 854 siak masjid dan kesemua mereka turut menerima RM200 setiap seorang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memaklumkan, pertambahan bantuan khas ini boleh dimanfaatkan 2,711 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM640,200.

Katanya, bantuan kepada golongan sasar ini juga dilaksanakan berdasarkan kepada keupayaan kewangan kerajaan Pahang.

"Saya berharap menerusi bantuan khas ini, ia dapat mengurangkan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!