Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan taklimat bersama Ahli-ahli MAIM pada Khamis. - Foto: Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan taklimat bersama Ahli-ahli MAIM pada Khamis. - Foto: Bernama
A
A
A

MELAKA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan menerima sembah taklimat daripada pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Hotel Casa Del Rio di sini sempena lawatan hari terakhir selama dua hari ke negeri ini.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan exco kerajaan negeri serta Ahli Majlis MAIM.

Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.

Turut dibentangkan adalah perancangan MAIM bagi tahun ini yang merangkumi skim bantuan zakat baharu bagi 2023 dengan memfokuskan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan mualaf.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka berkenan menerima cendera kenangan daripada kerajaan negeri Melaka yang disampaikan oleh Mohd Ali. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!