Bomba giat padam kebakaran

Dari kiri, juruterbang, Sofian Ahmed; Noor Hisham dan Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Sani Harul pada sidang media berkenaan.
Dari kiri, juruterbang, Sofian Ahmed; Noor Hisham dan Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Sani Harul pada sidang media berkenaan.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang akan melepaskan kira-kira 56,000 hingga 87,000 liter air dari udara bagi mengawal kebakaran yang semakin marak di Sungai Ular berdekatan MCKIP 2 Gebeng, bermula petang ini hingga esok.

Pengarah JBPM Pahang, Noor Hisham Mohamad berkata, kaedah 'water bombing' itu akan melibatkan kira-kira 2,078 ekar atau 848 hektar hutan tanah gambut yang telah dan belum diteroka.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, hampir 400 hektar daripadanya sedang berlaku kebakaran sejak 18 April lalu dan terdapat tujuh tompokan kebakaran yang sedang merebak mengikut arah angin.

Kebakaran melibatkan lebih 400 hektar.
Kebakaran melibatkan lebih 400 hektar.

“Pergerakan serta perubahan arah angin mempengaruhi api kebakaran. Ketika angin tidak bergerak, keadaan udara akan diselaputi jerebu manakala perubahan angin dari daratan ke arah laut akan menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Justeru kita akan ambil kesempatan pada waktu arah angin tidak bergerak untuk melaksanakan water bombing. Fokus utama di peringkat awal memadam kebakaran water bombing ini adalah di kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging, Balok Baru,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kebakaran di Sungai Ular dari pandangan udara.
Keadaan kebakaran di Sungai Ular dari pandangan udara.

Beliau berkata demikian pada sidang media Water Bombing di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), hari ini.

Water Bombing menggunakan pesawat jenis Mi 17-iV, dikendalikan juruterbang yang juga Penguasa Kanan Bomba 1, Sofian Ahmed dari Unit Udara JBPM dengan dibantu 11 krew; 40 orang 'ground' dan 12 peladang.

Nor Hisham berkata, bahaya terdekat kawasan kebakaran ialah Bukit Palas, Sungai Baging dan Balok selain yang tinggal berdekatan jalan besar.

“Pada 19 April, IPU 161 hingga 176 direkodkan oleh National Disaster Management Agency Malaysia (Nadma) yang telah menghubungi JBPM untuk tindakan lanjut mengatasi peningkatan IPU ini.

“Alhamdulillah, keadaan stabil hari ini dengan bacaan 85. JBPM akan cuba elak kebakaran ini merebak ke kawasan yang tidak terbakar. Kalau biarkan akan menyebabkan pencemaran udara yang teruk,” katanya.

Menurutnya, JBPM menerima banyak aduan daripada industri berdekatan yang mengadu masalah jerebu dan ini berlaku kerana kawasan tersebut tiada pergerakan udara.

Keadaan itu berlaku sekitar jam 11 hingga 3 pagi yang mengakibatkan kawasan kebakaran dan berdekatan diselaputi asap.

JBPM tidak menolak kemungkinan kebakaran semula ini adalah kerana perbuatan manusia yang tidak prihatin.

“Dapat dilihat dari udara tadi ada tiga tompokan baharu kesan orang bakar di kawasan Sungai Palas.

Tiga tompokan kebakaran baharu dikenal pasti
Tiga tompokan kebakaran baharu dikenal pasti

“Saya amat kecewa dengan situasi ini kerana dalam keadaan kita berhadapan kebakaran hutan yang teruk, masih ada kebakaran yang berpunca daripada aktiviti manusia. Itu tidak menyelesaikan masalah.

“Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada AMSAS yang membenarkan JBPM menggunakan tasik latihan akademi untuk sumber air water bombing,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!