Buah Beluluk

A
A
A

Peniaga Zai Hussien, 45, menunjukkan buah Kabung pelbagai warna yang dijual digerainya di Jalan Seremban-Kuala Pilah hari ini.

Buah Kabung atau lebih dikenali sebagai Beluluk di negeri ini amat laris jualannya dan hanya popular ketika Ramadan untuk dijadikan juadah pencuci mulut ketika berbuka puasa.

Proses menghasilkannya amat rumit apabila memerlukan buah yang cukup matang untuk direbus selama beberapa jam bagi menghilangkan getah pada buah tersebut.

Selepas itu, buah berkenaan perlu dikupas, direndam dan dibilas isinya yang seakan Laici sebelum dimasak bersama sirap atau Pandan.

Pengemar buah Kabung kebanyakannya dari golongan orang lama yang mengetahui keenakan buah itu dan biasanya akan dicampurkan dengan Air Batu Campur (ABC), Cendol dan Lai Chi Kang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia