Anwar, Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya

Anwar dan Wan Azizah menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin di Hospital Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar dan Wan Azizah menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin di Hospital Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang kini sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Perdana Menteri ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar.

"Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, Insha-ALLAH," kata Perdana Menteri.

Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lepas memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah pada 6.40 petang. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!