Helikopter milik tentera Jepun hilang
TOKYO - Sebuah helikopter milik tentera Jepun yang dinaiki 10 anak kapal dilaporkan hilang dari radar pada Khamis berhampiran sebuah pulau di selatan wilayah Okinawa.
Sumber berkata, pesawat tersebut hilang sekitar jam 4.30 petang (waktu tempatan) dan pasukan Pertahanan Diri dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menilai dan mengumpul maklumat mengenainya.
Menurut stesen televisyen NHK, helikopter itu milik cawangan tentera di wilayah Kumamoto selatan.
Katanya, ia berlepas dari pulau Miyako di Okinawa sebelum jam 4 petang dan dijadualkan kembali sejam selepas itu.
"Menyelamatkan nyawa adalah keutamaan kami," kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semasa memberikan taklimat kepada wartawan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!