Bukit Aman kesan Roslizal Razali

Bukit Aman sedang kesan Roslizal Razali bagi membantu siasatan.
Bukit Aman sedang kesan Roslizal Razali bagi membantu siasatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes hasutan.

Ketua Komunikasi Korporat, PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, lelaki itu dikenali sebagai Roslizal Razali, berusia 46 tahun.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar ditalian 016-4469473 atau 03-22666071.

"Penama ini dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.