Pengunjung dapat produk percuma

Pengunjung yang menunjukkan bukti mengikuti akaun Instagram rasmi Wardah Beauty layak mendapatkan pek produk secara percuma. Gambar kecil dari kiri: Siti Zariani, Nur Eleena, Aliya Syafa
Pengunjung yang menunjukkan bukti mengikuti akaun Instagram rasmi Wardah Beauty layak mendapatkan pek produk secara percuma. Gambar kecil dari kiri: Siti Zariani, Nur Eleena, Aliya Syafa
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata pengunjung yang hadir ke reruai Wardah Beauty dan Kahf di program Iftar Ala Madinah @Karangkraf teruja apabila mendapat pek produk jenama berkenaan secara percuma.

Salah seorang pengunjung, Aliya Syafa Nor Faiz, 24, berkata, ia satu peluang yang baik untuk orang ramai mencuba produk tersebut sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan produk Wardah Beauty.

“Mereka beri tiga produk iaitu ‘cleanser’ (pembersih muka), ‘face mist’ (penyembur muka) dan ‘lip matte' (gincu pelembap).

“Sebelum ini memang saya guna produk ‘face mist’ Wardah Beauty dan sampai sekarang pun, saya masih pakai lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Syarikat Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd melalui jenama mereka, Wardah Beauty dan Kahf menyumbang lebih 2,500 kit iftar selama lima hari bermula Isnin sempena program Iftar ala Madinah @Karangkraf.

Pengunjung menerima sumbangan pek produk Wardah Beauty mengikuti akaun Instagram rasmi milik jenama tersebut.
Pengunjung menerima sumbangan pek produk Wardah Beauty mengikuti akaun Instagram rasmi milik jenama tersebut.

Selain itu, syarikat tersebut turut menyumbang sebanyak 500 pek produk Wardah Beauty dan 250 pek produk Kahf kepada pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

Pembantu tadbir, Siti Zariani Jamiran, 31, berkata, dia pernah mendengar mengenai jenama tersebut namun belum berpeluang untuk mencubanya.

Menurutnya, ramai yang beritahu bahawa produk tersebut bagus serta sesuai digunakan kerana berfungsi melicinkan dan membersihkan kulit muka.

Sementara itu, pelajar GiatMARA, Nur Eleena Hezrina Hadezir, 20, berkata, selain daripada kualiti, produk tersebut juga mudah didapati di mana-mana kedai farmasi dengan harga yang berpatutan.

“Harga produk Wardah Beauty juga sangat berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan untuk pelajar seperti saya,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!