PSG bukan Kylian Saint Germain

Mbappe
Mbappe
A
A
A

KYLIAN Mbappe kecewa dengan Paris Saint-Germain (PSG) berhubung video promosi terbaharu yang menggunakan dirinya sebagai imej untuk jualan tiket musim bagi kempen 2023-24.

Penyerang itu menandatangani kontrak baharu bersama juara Ligue 1 berkenaan tahun lalu selepas menolak perpindahan ke Real Madrid.

Walaupun terikat kontrak hingga 2025, masa depan penyerang Perancis itu terus menimbulkan spekulasi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah prestasi goyah skuad kendalian Christophe Galtier tersebut.

Mbappe bertindak menyuarakan kekecewaannya kerana menggunakan imejnya dan menjadi tumpuan utama dalam usaha mempromosikan tiket bermusim PSG itu.

"Saya hanya mengambil bahagian ketika hadir dalam kempen langganan tiket kelab untuk musim 23-24. Saya tidak pernah dimaklumkan mengenai kandungan temu bual itu.

"Ia kelihatan seperti wawancara biasa ketika hari pemasaran kelab. Saya tidak bersetuju dengan video yang diterbitkan ini.

Itulah sebabnya saya memperjuangkan hak imej individu.

"PSG merupakan kelab besar dan keluarga besar, tetapi ia bukan Kylian Saint-Germain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!