Wanita rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai dalam penerbangan ke Kuala Lumpur pada Khamis kerana membawa wang tunai yang tidak diisytiharkan berjumlah AS$67,600.

"Pihak berkuasa kastam telah memaklumkan kami tentang penahanan itu dan mereka sedang menjalankan siasatan," kata Konsul Jeneral,Malaysia di Chennai, K. Saravanan.

"Dia belum menghubungi pihak konsulat tetapi kami cuba untuk menghubunginya," kata beliau.

Wanita warga Malaysia dikenali sebagai Rayavarapu Sridevi, 54 tahun.

Rayavarapu ditahan di bawah peruntukan Akta Kastam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!