Perkep Selangor rai 23 anak yatim
SHAH ALAM - Keceriaan jelas terpancar pada wajah 23 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Telok Gong, Klang apabila diraikan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor di gedung tekstil Jakel cawangan Shah Alam, Seksyen 7, di sini pada Jumaat.
Pengerusi Perkep Selangor, Datin Liliyana Haryanti Mohd Harunizam berkata, program ini merupakan inisiatif kerjasama Perkep Selangor bersama Jakel.
"Sambutan perayaan Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi, dan kemeriahan sambutan perayaan ini kami mahu berkongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik.
"Program ini melibatkan seramai 23 kanak-kanak berumur setahun hingga 15 tahun dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Telok Gong, Klang," katanya kepada pemberita ketika hadir di gedung tekstil Jakel cawangan Shah Alam, Seksyen 7 di sini pada Jumaat.
Katanya, program ini merupakan acara tahunan bagi membeli kelengkapan dan pakaian raya anak-anak yatim dan asnaf yang dikenal pasti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Program CSR ibi diadakan bagi memastikan anak-anak yatim dan asnaf tidak tercicir dalam meraikan keistimewaan Ramadan serta menyambut Hari Raya Aildilfitri seperti orang lain.
"Saya juga mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan Jakel yang turut sama terlibat dalam program ini, semoga amalan kita bersama diterima dan dilipat gandakan di bulan Ramadan ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!