Al-Quran cahaya yang semakin ditinggalkan

A
A
A

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlu difahami setiap maksud yang terkandung di dalamnya.
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlu difahami setiap maksud yang terkandung di dalamnya.

Apa khabar Ramadan anda?

Di manakah kita?

Di manakah al-Quran ketika ini?

Selain diwajibkan berpuasa ketika bulan Ramadan, ALLAH juga memilih bulan mulia ini untuk berlakunya peristiwa penting bagi umat Islam iaitu turunnya kitab suci al-Quran atau dikenali sebagai Nuzul al-Quran.

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap, sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa agung ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, ketika usia Rasulullah SAW berumur 40 tahun dan Baginda SAW ketika itu sedang beribadat di Gua Hira’. Banyak ibrah yang boleh kita ambil pengajaran melalui peristiwa bersejarah ini.

Ramai yang boleh membaca al-Quran, mengalunkannya dengan alunan yang indah untuk menunjukkan kecintaan mereka terhadapnya. Namun, seberapa ramaikah yang memahami setiap bait-bait bacaan al-Quran tersebut?

Sebagai umat Islam, kita tahu bahawa al-Quran diberikan kepada kita dengan tujuan tertentu. Bukan hanya sekadar untuk dibaca, tetapi perlu difahami setiap maksudnya supaya kita faham apa yang terkandung di dalamnya.

Seperti firman ALLAH SWT dalam potongan ayat surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik, al-Hakim dan al-Baihaqi)

No Image Caption

Dalam pada itu, al-Quran ibarat sebuah kompas sebagai sumber panduan untuk setiap umat manusia. Al-Quran juga sebuah cahaya. Cahaya yang menerangi kegelapan manusia dan syafaat kita di kehidupan sana nanti.

Sebagai umat Islam, peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan seharusnya dijadikan sebagai peluang untuk benar-benar menghayati setiap bait-bait al-Quran agar kita faham isi kandungan yang disampaikan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia.

Sempena Nuzul al-Quran ini, mari kita sama-sama bangkit meraih cinta Ilahi dengan memahami setiap ayat-ayat cinta yang diutus-Nya. Semoga apabila Ramadan sudah berlalu, kita tidak sahaja bergembira meraikan kehadiran Aidilfitri, malah meneruskan usaha untuk mendalami ilmu yang terkandung dalam mukjizat al-Quran.

Selain membaca al-Quran, amalan yang digalakkan ketika bulan Ramadan adalah bersedekah. Oleh itu, Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) membuka satu peluang untuk bersedekah secara berterusan melalui kempen Istiqamah4Gaza.

Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (Riwayat Bukhari)

Setiap sumbangan bulanan daripada anda akan kami salurkan khas untuk empat projek bantuan iaitu, Malaysian Business Incubator, Pusat Kebudayaan, Pusat Kajian Inisiatif Strategik Palestin-Malaysia (PALM), Palestinian Diaspora Fund.

Malaysian Business Incubator adalah sebuah pusat pembangunan ekonomi para pemuda di Gaza yang akan memberi mereka modal dan peluang pekerjaan untuk membangunkan bisnes kecil.

Pelbagai projek jangka masa panjang dijalankan bagi membantu membangunkan ekonomi penduduk di bumi Gaza, supaya satu masa nanti mereka tidak perlu lagi bergantung kepada bantuan luar.

Antara projek-projek jangka masa panjang ialah Sekolah Malaysia, ladang strawberi yang sedang dibangunkan dan juga pasar raya serta ladang lembu yang akan diusahakan untuk menjadikan Gaza sebagai sebuah bandar mampan yang tidak perlu lagi bergantung kepada negara luar.

Pemuda di Gaza berpeluang membuka perniagaan kecil melalui sumbangan Malaysian Business Incubator.
Pemuda di Gaza berpeluang membuka perniagaan kecil melalui sumbangan Malaysian Business Incubator.

Selain itu, Pusat Kebudayaan Malaysia di Gaza turut ditubuhkan bagi mempromosikan Bahasa Arab dan menyebarkan budaya membaca agar menjadi amalan hidup masyarakat.

Rakyat Palestin turut diperkenalkan kepada budaya Malaysia dan begitulah sebaliknya. Selain itu, tujuan pembukaan pusat kebudayaan ini adalah bagi menyebarkan perjuangan Palestin ke luar negara melalui penghasilan, menterjemah dan penerbitan bahan budaya dan sastera.

Dengan sumbangan yang disalurkan, dapat membantu membiayai operasi aktiviti pemeliharaan budaya Palestin dan mempromosikan kebudayaan Malaysia di Palestin.

Pusat Kajian Inisiatif Strategik Palestin Malaysia (PALM) juga telah ditubuhkan di Gaza bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat berbahasa Melayu tentang isu Palestin. Pusat kajian ini bertujuan mendapatkan perhatian dan kepercayaan dari negara Islam tentang isu-isu yang utama dan melahirkan solidariti kepada tindakan menyokong rakyat Palestin dalam semua aspek.

No Image Caption

Seterusnya, dana yang diperolehi turut digunakan bagi projek Palestinian Diaspora Fund, di mana CGM akan menyalurkan bantuan segera berbentuk kewangan bagi keluarga-keluarga Palestin yang memerlukan (perubatan, pendidikan, baik pulih rumah & kecemasan).

Ayuh, bantulah penduduk di bumi Gaza dan pastinya manfaat yang akan mereka dapat untuk jangka masa panjang yang akan membolehkan mereka untuk terus berusaha membebaskan Palestin.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Palestin secara berterusan melalui kempen Istiqamah4Gaza boleh layari: istiqamah4gaza.com/bebaspalestin sekarang untuk mendaftar.

Untuk pertanyaan, hubungi talian:016-463 6354.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!