HARRISBURG - AMERIKA SYARIKAT . Tiga lelaki di Amerika Syarikat telah dijatuhi hukuman penjara sehingga 41 tahun kerana melakukan hubungan seks luar tabii dengan kuda, kambing, lembu dan anjing sepanjang tempoh lima tahun. Matthew Brubaker, 31, Terry Wallace, 41, dan Marc Measnikoff, 34, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas 12 haiwan di daerah Clearfield di Pennsylvania. Ketiga-tiga mereka dihukum penjara 20 hingga 41 tahun di penjara negeri dengan dan diletakkan di bawah tempoh percubaan. Brubaker, Wallace dan Measnikoff didakwa melakukan hubungan seks luar tabii dengan sembilan kuda betina, lembu, kambing dan anjing serta turut merakamkan aksi tidak berperikemanusiaan itu. Seorang remaja yang tinggal di khemah sementara di ladang ternakan di Munson didakwa turut bersubahat dengan ketiga-tiga defendan. Mereka yang ditahan pada Ogos tahun lalu mengaku bersalah atas 730 pertuduhan lakukan seks luar tabii dengan haiwan dan kekejaman terhadap haiwan. Hakim Paul Cherry menyifatkan kes itu sebagai salah satu perbuatan paling menjijikkan dan keji. Sementara itu, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) di daerah Clearfield telah dipanggil untuk menjaga kesemua haiwan terbabit. - Daily Mail