Sumbangan PPNP ceriakan anak yatim, warga emas

Zuhairi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan duit raya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di sini
Zuhairi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan duit raya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di sini
A
A
A

KUANTAN - Kemeriahan Ramadan dan Syawal memberi sinar buat anak yatim dan warga emas apabila mereka diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di sini.

Lebih menggembirakan apabila mereka menerima sumbangan duit raya daripada Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP).

Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, lebih 100 penerima terdiri daripada anak yatim dan warga emas menerima sumbangan duit raya.

"Kita harap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada golongan tersebut dalam menyambut Aidilfitri tahun ini.

"Hubungan baik antara pihak-pihak yang terlibat dalam majlis ini akan terus diperkukuhkan lagi bagi menyokong sebarang aktiviti bersama akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebahagian anak yatim dan warga emas yang turut serta dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di sini
Sebahagian anak yatim dan warga emas yang turut serta dalam majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di sini

Majlis berbuka puasa itu mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Amal Bantuan Prihatin, Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers.

Mengulas lanjut mengenai majlis itu, Zuhairi berkata, ia memberi kebahagiaan kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sinar keceriaan dalam menyambut Ramadan kali ini.

“Saya harap lebih banyak program sebegini diadakan bagi merapatkan lagi ukhuwah antara organisasi luar dengan masyarakat kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf.

"Saya dan PPNP bersyukur dan gembira kerana dapat bersama-sama dalam majlis yang cukup bermakna pada Ramadan kali ini," ujarnya.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!