Empat maut insiden tembakan di selatan Thailand

Serangan berlaku berhampiran rumah ketua kampung. - Thai PBS World
Serangan berlaku berhampiran rumah ketua kampung. - Thai PBS World
A
A
A

BANGKOK - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di selatan Thailand pada Sabtu.

Polis memberitahu serangan bermula kira-kira jam 5 petang (waktu tempatan) di daerah Khiri Rat Nikhom di wilayah Surat Thani—kira-kira 600 kilometer (km) di selatan ibu negara Bangkok.

“Empat orang maut,” kata ketua polis tempatan Kriangkrai Kraikaew kepada AFP tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Lapor media tempatan, tembakan berlaku berhampiran rumah bekas ketua kampung.

Dalang serangan masih diburu dan motif serangan dalam siasatan. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!