Majalah RASA edar 1,500 pek bubur lambuk warisan

Kong Lay Ming turut membantu penbungkusan bubur lambuk.
Kong Lay Ming turut membantu penbungkusan bubur lambuk.
A
A
A

SHAH ALAM - Portal Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan yang kedua bertempat di AEON Mall, Shah Alam bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang pada Sabtu.

Program anjuran bersama AEON Mall dan tajaan oleh AJI-SHIO® itu telah mengedarkan sebanyak 1,500 pek bubur lambuk kepada masyarakat sekeliling.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim berkata, program memasak dan edaran bubur lambuk itu merupakan salah satu platform komunikasi di antara mereka dengan masyarakat di sekeliling sempena bulan Ramadan.

“Saya juga amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan lebih banyak pihak dalam gabungan program untuk merealisasikan usaha-usaha menyantuni masyarakat di sekeliling kami,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Program memasak dan edaran bubur lambuk itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pemasaran AJI-SHIO®, Kong Lay Ming; Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran, AEON CO. (M) Berhad, Munirah Azmi; Ketua Jabatan Pemasaran Mall, Gig dan Pengurusan Acara, AEON CO. (M) Berhad, Nikki Lee; Ketua Regional Wilayah Tengah AEON CO. (M) Berhad, Kamarul dan kumpulan-kumpulan motosikal berkuasa tinggi.

Dari kiri, Norlidawati, Lay Ming, Syamil, Azli, Chef Zam Akmal, Munirah semasa gimik pelancaran program RASA Bubur Lambuk Warisan.
Dari kiri, Norlidawati, Lay Ming, Syamil, Azli, Chef Zam Akmal, Munirah semasa gimik pelancaran program RASA Bubur Lambuk Warisan.

Sementara itu, Lay Ming berkata, AJI-SHIO® berbesar hati untuk meneruskan kerjasama program bubur lambuk tersebut bersama Majalah Rasa di atas komitmen yang diberikan setiap tahun.

Menurutnya, pada masa sama, beliau melihat inisiatif seperti itu sebagai sebuah platform untuk pihaknya mengetengahkan resipi bubur lambuk yang lazat dengan menggunakan resipi AJI-SHIO®.

“Tahun ini merupakan tahun yang kelima kami menyantuni wira barisan hadapan negara dan masyarakat sekeliling yang memerlukan untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadan mereka. Kami amatlah berharap agar usaha ikhlas ini dapat lagi diteruskan untuk Ramadan mahupun hari-hari bermakna akan datang,” ujarnya.

Selain itu, Munirah berkata, AEON amat bersyukur kerana dapat sama-sama menjayakan program Rasa Bubur Lambuk Warisan dan Ride Santai Ramadan yang dianjurkan itu.

Jelasnya, sebagai sebuah pusat beli belah yang menjadi pilihan, AEON bukan sahaja menawarkan pilihan membeli belah yang eksklusif kepada pelanggan, malah ia juga menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan dan gaya hidup terkini yang sihat.

Bubur Lambuk di masak oleh Team RASA dan Nu Ideaktiv.
Bubur Lambuk di masak oleh Team RASA dan Nu Ideaktiv.

“Aktiviti ini membolehkan AEON mendekatkan lagi perkhidmatannya dengan komuniti setempat melalui program tanggungjawab sosial korporat di samping dapat menyerikan lagi suasana Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya.

Bagi Editor Pengurusan Rasa, Norlidawati Aziz pula berkata, program seperti itu dapat mengukuhkan lagi silaturahim antara warga kerja majalah dalam talian tersebut dengan para pembaca.

Jelasnya, ini kerana semua pembaca yang berdaftar atau pengikut laman sosial medianya bersama majalah dalam talian yang lain di bawah naungan Kumpulan Nu Ideaktiv Sdb Bhd turut dijemput ke program edaran bubur lambuk secara percuma itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!