TMJ kongsi video buaya ketika berenang depan istana
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi pengalaman berdepan dengan seekor buaya ketika berenang bersama putera dan puterinya.
Menerusi ciapan di Twitter, 'HRH Crown Prince of Johor', Tunku Ismail memaklumkan bahawa lokasi tersebut dikatakan berlaku di hadapan istana.
"Pergi berenang di hadapan rumah. Sejam kemudian, ‘kawan’ berenang melaluinya,” tulis menerusi ciapan tersebut.
Difahamkan, lokasi kejadian adalah di hadapan Istana Flinstone dekat Mersing.
Satu video berdurasi 26 saat memaparkan seekor buaya di laut turut dikongsi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor Aminuddin Jamin berkata, pihaknya akan menyiasat lebih lanjut berhubung penemuan yang dimaksudkan.
"Buaya biasanya akan bergerak dari suatu muara sungai dan masuk ke muara sungai lain melalui pesisir pantai.
"Kita akan siasat lebih lanjut berkaitan penemuan berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!