Bekas MB Perlis dituduh atas dakwaan rasuah pada Isnin

Seorang bekas Menteri Besar Perlis yang tidak dinamakan oleh SPRM dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada pagi Isnin.
Seorang bekas Menteri Besar Perlis yang tidak dinamakan oleh SPRM dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada pagi Isnin.
A
A
A

KANGAR - [KEMAS KINI] Seorang bekas Menteri Besar Perlis yang bergelar Datuk Seri bakal dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, dekat sini pada pagi Isnin ini.

Ahli politik tersebut dijangka dituduh pada jam 8.30 pagi berdasarkan satu jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh SPRM, namun tidak menamakan identiti sebenar bekas menteri besar berkenaan.

“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas menteri besar,” kata suruhanjaya itu dalam satu surat jemputan pada Ahad.

Sinar Harian difahamkan, pertuduhan terhadap ahli politik tersebut adalah berhubung kesalahan mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!