Ramai tertanya-tanya, raya Jumaat atau Sabtu?

Masyarakat Islam dinasihatkan untuk kekal tenang dalam keadaan harmoni menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
Masyarakat Islam dinasihatkan untuk kekal tenang dalam keadaan harmoni menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
A
A
A

RAMAI dalam kalangan kita sudah berteka-teki susulan hebahan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang kononnya jatuh pada hari Jumaat iaitu 21 April ini.

Kelmarin ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan, seorang rakan lama menegur Merak Jalanan.

Selain bertanya khabar, dia juga bertanya, “Raya Jumaat atau Sabtu?”

Merak Jalanan tidak ada jawapan mengenai persoalan itu.

Malah dua tiga hari ini tular di media sosial dan kumpulan WhatsApp mengenai hebahan tarikh hari raya pada tahun ini yang dikatakan jatuh pada 21 April.

Sedangkan tarikh hari raya dalam kalendar ialah pada 22 April, iaitu hari Sabtu. Tak tahu mana satu yang betul.

Merak Jalanan nak nasihatkan orang kita agar jangan memandai-mandai dalam menentukan tarikh hari raya sehingga menjadi fitnah dan menyebabkan rakyat menjadi panik.

Serahkan bab hukum agama kepada ulama dan pakar agama. Jangan kelirukan orang yang memang sudah sedia keliru.

Merak Jalanan faham, ramai yang tak mahu berlaku seperti tahun lepas.

Kelam-kabut dibuatnya bila hari raya diumumkan awal sehari.

Persediaan apa pun tak buat.

Tercungap nak rebus ketupat dan membakar lemang.

Kuih tak siap, baju raya pun tak beli lagi.

Ada juga yang tak sempat balik kampung gara-gara raya mengejut.

Sudahlah dua tahun tidak beraya akibat pandemik Covid-19.

Sekali tahun 2022 dapat kejutan luar jangkaan. Memang ramai yang tak percaya.

Sebab itu, kita tidak mahu berlaku macam itu lagi pada 2023.

Sampaikan hari raya pun kena scam.

Ada yang berkata, raya Jumaat atau Sabtu cuma beza satu hari saja.

Betul, tapi satu hari pun banyak implikasinya.

Daripada pening kepala memikirkan tarikh hari raya, Merak Jalanan rasa lebih baik fokus kepada ibadah puasa.

Hari Khamis minggu depan sama-sama kita tunggu depan televisyen pada jam 8 malam pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!