PRN: BN, PH sudah ada strategi
10 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 10 APRIL 2023
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai strategi dalam merancang gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gabungan tersebut bukan 'batang pisang' sebaliknya sudah mempunyai perancangan taktikal serta data yang akan digunakan dalam PRN.
Katanya, dalam pada itu, sokongan kukuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan keyakinan kepada mereka untuk memenangi pilihan raya tersebut nanti.
Artikel: https://go.sinar.la/3zJMTdy
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian