Penyokong TRW gantung sepanduk 'marah' prestasi pasukan
PENYOKONG Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah kepada pemilik pasukan, Norizam Tukiman selepas The Red Warriors (TRW) mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.
Pada masa sama, penyokong turut menampal poster di sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini bagi menzahirkan rasa marah dengan prestasi semasa pasukan.
Selepas mengharungi lapan perlawanan Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan dengan mengumpul empat mata.
Bukan itu sahaja Kelantan FC merekodkan jumlah bolos agak tinggi dalam saingan Liga Super dengan 25 jaringan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Kelantan FC merehatkan Choi Moon-sik susulan aksi kurang memuaskan yang dipersembahan oleh Kelantan FC sepanjang berada di bawah kendalian Moon-Sik.
Ejen kepada jurulatih itu Myeongho Jeong bertindak mendedahkan krisis dalaman melibatkan Kelantan FC di laman Instagramnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!