Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Azlan Man hadapi 5 tuduhan tuntutan palsu lebih RM1.18 juta

10 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, Kangar, pada Isnin terhadap lima tuduhan berkaitan tuntutan palsu lebih RM1.18 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Datuk Seri Azlan hadir pada jam 8.15 pagi, diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Azlan, 64 tahun, menjadi ADUN Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu, sebelum tewas pada PRU15.

Azlan juga Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian