Pembuat Capal Tradisional
Menjelang Aidilfitri, Badril Shahidan Hashim tidak menang tangan menyiapkan capal tradisional yang menerima tempahan tinggi daripada pelanggannya.
Badril Shahidan, 42 yang merupakan pemilik ‘Capal Jago Gemilang’ berkata beliau menerima sehingga 300 tempahan capal setakat ini dan berusaha menyiapkannya sehingga malam ketika Ramadan ini.
Badril Shahidan yang merupakan generasi kedua pembuatan capal dengan meneruskan legasi arwah bapanya Hashim Hassan yang mengusahakan pembuatan itu sejak 1958 berkata beliau terpaksa berhenti menerima tempahan pada masa ini memandangkan hanya menghasilkan capal berseorangan, namun apabila tempahan siap, beliau akan kembali menerima tempahan seminggu sebelum Aidilfitri.
Beliau berkata, capalnya turut mendapat perhatian beberapa pemimpin negara dengan antara yang pernah membuat tempahan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Capal yang dihasilkannya menggunakan kulit lembu, kambing dan kerbau yang dijual pada harga antara RM150 hingga RM480 sepasang. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!