Guru, pembantu guru, staf Pas Pahang dapat duit raya

Barisan Exco DPPNP,Ketua Pemuda DPPK dan Setiausaha DPKK yang hadir dalam program pemukiman dua hari tersebut.
Barisan Exco DPPNP,Ketua Pemuda DPPK dan Setiausaha DPKK yang hadir dalam program pemukiman dua hari tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 948 guru dan 159 pembantu guru serta kakitangan institusi pendidikan di bawah seliaan Dewan Pemuda Pas Pahang (DPPNP) bakal menerima sumbangan hari raya bernilai RM86,470 pada tahun ini.

Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih memberitahu, sumbangan itu melibatkan guru-guru dan kakitangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) dan Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) seluruh Pahang.

Mohd Zarimi ketika berucapa dalam program tersebut
Mohd Zarimi ketika berucapa dalam program tersebut

Menurutnya, pemberian itu sebagai tanda ingatan dan penghargaan buat para asatizah yang telah banyak berkorban mendidik 11,415 orang anak-anak tunas Islam seluruh Pahang.

"Kita berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan buat mereka membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi," kata beliau lagi.

Beliau berkata sedemikian dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan bertempat di Kompleks Tahfiz Al Quran Al Qaradhawi (KOMTAQ), Kerdau di sini pada Ahad.

Mesyuarat sulung Exco Pemuda Pas Pahang di Kerdau
Mesyuarat sulung Exco Pemuda Pas Pahang di Kerdau

Dalam pada itu, turut berlangsung mesyuarat sulung Exco Pemuda Pahang yang baru dilantik dan 'retreat' DPPNP.

Ujar Mohd Zarimi, program yang melibatkan pemukiman dua hari bermula Sabtu dan berakhir Ahad melibatkan seluruh Exco DPPNP, Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) serta setiausaha DPPK seluruh Pahang.

Beliau yang juga Ketua DPPNP berkata, pemukiman tersebut bagi merancang dan menyusun strategi serta membentuk 'road map' Pas teraju Pahang.

"Pelbagai rencana dan agenda telah disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan Pas ke arah mentadbir negeri Pahang menjelang PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16) nanti," tambah Mohd Zarimi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!