SKMM siasat aduan video raya Aliff Syukri

SKMM menerima aduan mengenai video hari raya Aidilfitri oleh Aliff Syukri.
SKMM menerima aduan mengenai video hari raya Aidilfitri oleh Aliff Syukri.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meneliti aduan yang diterima berhubung kandungan video teaser hari raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

SKMM dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, pihaknya telah menerima tiga aduan daripada orang awam.

"Ia berhubung kandungan video terbabit yang memaparkan usahawan itu bersama penari latar berpakaian dan menari yang dikatakan secara tidak sopan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

"SKMM sedang meneliti aduan-aduan tersebut dan sekiranya kandungan yang diadukan melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588), tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya pada Isnin.

Tambahnya, sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen terbabit, individu itu boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini Aliff Syukri sekali lagi mengundang perhatian selepas sedutan klip video bertemakan Aidilfitri berjudul Cak Kun Cak Raya menerima pelbagai reaksi masyarakat.

Pemerhatian di video terbabit mendapati Aliff Syukri mengenakan baju Melayu sendat dengan diiringi penari bergaya sama.

Pada Aidilfitri tahun lalu, usahawan itu juga pernah mencetuskan kontroversi dengan klip video hari raya bersama sekumpulan penari lelaki berperwatakan lembut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!