Provokasi Israel di Al-Aqsa akan cetus peperangan

Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel baru - baru ini. Agensi
Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel baru - baru ini. Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang "tidak boleh diterima" dan akan mencetuskan "peperangan", kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh pada Ahad.

"Serangan terhadap tempat suci dan jemaahnya saban hari semasa bulan Ramadan adalah tidak boleh diterima yang akan memarakkan lagi api pergolakan," kata Abu Rudeineh.

Jurucakap presiden meminta kerajaan Israel bertanggungjawab terhadap sebarang potensi peningkatan konflik akibat serangan berterusan ke atas tapak suci di Baitulmaqdis, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Israel cuba mencabar keazaman rakyat kita, tetapi ini tidak akan mematahkan semangat mereka. Rakyat kita akan tetap teguh, mempertahankan tanah dan kesuciannya, walau apa pun yang terjadi," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!