'Saya belum puas hati kejayaan atasi isu scammer' - Saifuddin
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui belum berpuas hati dengan keupayaan pihak berkuasa mengatasi masalah scammer yang kini menjadi ancaman jenayah yang serius di negara ini.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan dan komitmen dalam memastikan usaha berterusan bagi menyelesaikan jenayah scammer.
"Scammer adalah ancaman jenayah baharu melibatkan kerugian sangat tinggi.
"Adakah kami berpuas hati dengan keupayaan kami menangani dan membanteras kegiatan ini? kami belum pernah berpuas hati.
"Sebab kami tahu corak scammer ini datang dengan kreativiti yang tinggi," katanya dalam sesi Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Town Hall Rakyat yang dihoskan oleh pelakon, Azhar Sulaiman itu merupakan platform interaktif untuk rakyat bersemuka dan bertanya pelbagai isu kepada pemimpin yang diundang.
Tambah beliau, dengan kepakaran yang dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau yakin masalah kegiatan scammer mampu diatasi dari masa ke masa.
"Dengan kepakaran PDRM, kita akan dapat siasat corak bagaimana mereka menjebak mangsa.
"Saya boleh beri jaminan melalui libat urus saya dengan pihak polis. Saya yakin dengan profesionalisme mereka," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Town Hall Rakyat diteruskan lagi
ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan polis dijangka guna kamera badan tahun ini
ARTIKEL BERKAITAN:Sistem parol kurangkan kes banduan kembali ke penjara
ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan sasar lulus 10,000 permohonan warganegara
ARTIKEL BERKAITAN:'Saya belum puas hati kejayaan atasi isu scammer' - Saifuddin
ARTIKEL BERKAITAN:Pasport: Hanya 40 peratus bagi perjalanan, selebihnya simpan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!