SSM sumbang Wakalah Zakat Korporat dan CSR RM75,000

Salahuddin (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima dari rumah Bakti Al-Kausar (tiga dari kanan) pada Majlis Berbuka Puasa SSM Tahun 2023 yang berlangsung di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.

A
A
A

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) memberikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM75,000 bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

SSM dalam satu kenyataan berkata, penerima sumbangan itu ialah Rumah Bakti Al-Kausar, Pertubuhan Veteran Awam Malaysia, Persatuan Kebajikan Bekas Anggota SKUAD 69 PDRM (SKUAD 69 PDRM), Surau Nur Muhtadin dan Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

“Pemberian sumbangan itu bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk meraikan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi,” jelas kenyataan itu.

Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa SSM Tahun 2023 yang berlangsung di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.
Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa SSM Tahun 2023 yang berlangsung di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.

Pada Isnin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menyampaikan sumbangan itu semasa Majlis Berbuka Puasa SSM Tahun 2023 yang berlangsung di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.

Salahuddin turut meluangkan masa beramah mesra dengan penerima sumbangan yang hadir dan menikmati juadah berbuka puasa bersama mereka.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDN, Datin Roszanina Wahab, Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof, dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!