The Foxes lantik Smith ganti Rodgers

Smith - Foto Agensi
Smith - Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH berpengalaman, Dean Smith akan melakukan kerja menyelamat untuk mengekalkan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan selepas dilantik membimbing The Foxes.

Pengendali berusia 52 tahun itu memimpin Aston Villa dan Norwich City, tiba di Stadium King Power untuk menggantikan Brendan Rodgers secara interim sebelum ini.

The Foxes bergelut dalam zon penyingkiran daripada dan tugas utama pengurus Inggeris itu turun pangkat ke Liga Kejuaraan ketika aksi berbaki lapan perlawanan musim ini.

“Saya amat gembira mendapat peluang untuk mengetuai pasukan ini bagi beberapa minggu terakhir musim ini,” ujar Smith.

Smith turut membawa bekas penolongnya di Aston Villa, John Terry dan bekas jurulatih Norwich, Craig Shakespeare.

"Tugas pertama ialah membina semula keyakinan dan menerapkan kepercayaan terhadap pasukan. Saya tidak sabar untuk mula bekerja dengan pemain-pemain minggu ini.

“Cabaran di depan amat jelas tetapi ia sesuatu yang saya dan barisan kejurulatihan pernah lalui sebelum ini. Berbekal kualiti yang dimiliki skuad ini dan baki aksi yang tinggal, ia sesuatu yang boleh dicapai,” katanya.

Smith, yang dipecat oleh kelab divisyen dua, Norwich pada Disember, berdepan tugas berat pada perlawanan pertamanya, bertemu juara bertahan, Manchester City pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!