13 peniaga maut trak terhumban dalam sungai di Tanzania

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

DAR ES SALAAM - Sekurang-kurangnya 13 peniaga maut dan dua lagi cedera selepas trak dinaiki terjunam ke dalam Sungai Njoka di wilayah Ruvuma di selatan Tanzania, menurut polis.

Komander Polis wilayah Ruvuma, Marco Chilya berkata, kejadian berlaku pada jam 9 malam Ahad (waktu tempatan).

"Peniaga itu dalam perjalanan dari kampung Ndongosi menuju ke kampung Namatuhi di daerah Songea, selepas menghadiri acara lelongan," kata Chilya pada sidang akhbar, lapor Xinhua.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat untuk mengenal pasti punca kemalangan itu.

"Selain mengangkut peniaga, lori berkenaan juga sarat dengan pelbagai barangan yang dibeli peniaga,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!