Penduduk Thailand saman kerajaan kerana jerebu

Gambar udara menunjukkan pencemaran udara yang melanda bandar Chiang Mai. - Foto AFP
Gambar udara menunjukkan pencemaran udara yang melanda bandar Chiang Mai. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Kira-kira 1,700 penduduk di bandar Chiang Mai menyaman kerajaan kerana pencemaran udara teruk yang menyelubungi utara Thailand semasa musim menebang dan dan membakar di kawasan ladang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Bangkok Post pada Selasa.

Dalam tuntutan itu mereka mendakwa Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha dan dua pihak berkuasa negeri tidak mengambil tindakan yang mencukupi untuk mengekang pembakaran ladang, walaupun amalan itu mengeluarkan asap yang mengandungi toksik.

Plaintif termasuk aktivis, ahli akademik dan rakyat yang bimbang mengenai kesihatan mereka.

Dalam statistik bandar dengan pencemaran udara paling teruk di dunia seperti yang dipantau oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir, Chiang Mai menduduki tempat teratas beberapa kali baru-baru ini.

Bandar ini menduduki tempat ketiga di belakang Beijing dan New Delhi.

Kaedah tebas dan bakar menjadi kelaziman di Thailand serta di negara jiran seperti Myanmar, Kemboja dan Laos terutama pada penghujung musim kemarau.

Pihak berkuasa Thailand melarang pembakaran tanaman pada 2019, namun undang-undang itu tidak dipatuhi.

Plaintif menuduh kerajaan tidak menjalankan penguatkuasaan dengan tegas. - Bernama- Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!